Ada pelbagai jenis diet yang kita boleh cuba untuk turunkan berat badan dan kekal kurus. Salah satu yang menjadi trend sekarang ialah intermittent fasting. Tapi sebelum mulakan sesuatu diet, penting untuk kita tahu serba sedikit berkaitan diet tersebut supaya kita dapat amalkan dengan betul dan berkesan.
Pernah dengar tentang Intermittent Fasting (IF)?
Intermittent fasting adalah sejenis gaya pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu tertentu.
Dalam intermittent fasting ada dua fasa iaitu "fasa makan" dan "fasa berpuasa". Tentu ada yang tertanya-tanya, puasa intermittent fasting sama ke dengan puasa di bulan Ramadhan?
Jawapannya, tak sama. Intermittent fasting benarkan kita untuk minum air kosong atau sebarang minuman yang tidak berkalori dan tanpa gula sewaktu kita dalam fasa berpuasa.
Ada beberapa cara intermittent fasting untuk beginner yang boleh di amalkan. Antaranya:
1. 16:8
Berpuasa selama 16 jam dan waktu makan adalah 8 jam. Anda boleh makan antara 12 tengahari hingga 8 malam dan berpuasa pada waktu selebihnya. Dalam intermittent fasting, waktu tidur pun di kira berpuasa
2. 24 @ Eat-Stop-Eat
Berpuasa selama 24 jam. Boleh amalkan sehari ke 2 hari seminggu. Jangan lupa! Anda masih boleh minum semasa intermittent fasting
3. 5:2
5 hari seminggu dibenarkan makan seperti biasa. Untuk 2 hari berturut-turut anda perlu hadkan pengambilan makanan tidak lebih dari 500 ke 600 kcal sahaja ketika mengamalkan intermittent fasting
Adakah intermittent fasting sesuai untuk semua?
Walaupun intermittent fasting telah terbukti berjaya menurunkan berat badan tetapi tidak semua sesuai mengamalkannya terutama golongan berikut:
1. Pesakit kanser
2. Ibu hamil dan sedang menyusukan bayi
3. Pesakit diabetes
Saya cadangkan anda untuk dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sekiranya menghidap sebarang penyakit untuk mengetahui samada anda sesuai mengamalkan intermittent fasting atau tidak.
Macam mana nak mula?
Bagi yang baru nak mula intermittent fasting, saya cadangkan:
1. Minum air kosong secukupnya (2.5 ke 3 liter sehari) untuk mengelakkan dehidrasi
2. Ambil minuman berprotin dalam fasa puasa untuk bagi rasa kenyang lebih lama. Ada banyak pilihan minuman protin di pasaran. Pastikan anda pilih yang ada kelulusan KKM dan selamat untuk di amalkan. Ketika intermittent fasting, saya suka ambil minuman protin dari Shaklee kerana banyak pilihan perisa dan sedap. Di jamin semulajadi, selamat dan berkesan oleh Shaklee
3. Jarakkan fasa puasa beransur-ansur. Contoh anda mula puasa pada pukul 8 malam. Makan semula pada pukul 8 pagi keesokannya. Anjakkan waktu puasa ke 12 tengahari secara beransur-ansur
4. Minuman tanpa gula. Boleh ambil teh atau kopi kosong. Tambah setitis stevia jika perlu
5. Banyakkan makan sayur dan buah. Elakkan makanan berasas tepung, tinggi gula dan makanan diproses untuk mengurangkan craving atau rasa ingin makan yang tinggi
6. Lakukan senaman ringan untuk bantu turunkan berat badan dengan lebih cepat
Sekarang anda dah tahu serba sedikit tentang intermittent fasting. Jangan lengah lagi sekiranya ia sesuai untuk anda. Fast action, fast result!
No comments:
Post a Comment